Thursday, June 7, 2012

Sayangnya Rasullullah Kepada Umatnya

Sayangnya Nabi Muhammad kepada umatnya sungguh hebat. Subhanallah. Semoga sayangnya rasullullah kepada kita akan sentiasa menjadi inspirasi agar kita sentiasa menjadi lebih baik dari semalam dan sentiasa taat dan patuh pada perintah Allah. Di saat Rasullullah menghadapi kewafatannya : “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,” kata Rasulullah “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril “Ya Allah, dahsyat rasa maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.” kata Rasulullah “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku” – “Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.” “Ummatii, ummatii, ummatiii” – “Umatku, umatku, umatku…” Dan, Berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. “Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.” Ketika di Padang Masyar nanti... Baginda SAW bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?” Soalan baginda kepada Jibrail Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku?” Jibril as berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.” Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?” Jibril as berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!” Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!” Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis. Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah Taala seruan yang menyeru: “Di mana Jibril?” Jibril as berkata: “Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam.” Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: “Di mana umat Muhammad SAW?” Jibril as berkata: “Mereka adalah sebaik umat.” Allah Taala berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.” Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala.” Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.” Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!” Hamba-hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!” Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.” Malik bertanya: “Apakah hari ini?” Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.” Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?” Jibril menjawab: “Ya!” Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?” Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!” Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?” Jibril berkata: “Aku tidak tahu!” Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis). Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk. Rasulullah SAW Membela Umatnya Di padang mahsyar orang yang mula-mula berusaha ialah nabi Ibrahim as. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “TuhanKu dan Penguasaku! Aku adalah khalilMu Ibrahim. Kasihanilah kedudukanku pada hari ini! Aku tidak meminta kejayaan Ishak dan anakku pada hari ini.” Allah Taala berfirman: “Wahai Ibrahim! Adakah kamu melihat Kekasih mengazab kekasihnya.” Nabi Musa as datang. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “KalamMu. Aku tidak meminta kepadaMu melainkan diriku. Aku tidak meminta saudaraku Harun. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!” Isa as datang di dalam keadaan menangis. Baginda bergantung dengan Arsy lalu menyeru: “Tuhanku… Penguasaku.. Penciptaku! Isa roh Allah. Aku tidak meminta melainkan diriku. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!” Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad SAW menyeru: “Tuhanku.. Penguasaku Penghuluku…. !Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!” Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: “Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?” Neraka pula berseru: “Wahai Tuhanku… Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.” Malaikat Zabaniah menolaknya sehingga terdampar di kiri Arsy. Neraka sujud di hadapan Tuhannya. Allah Taala berfirman: “Di mana matahari?” Maka, matahari dibawa mengadap Allah Taala. Ia berhenti di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman kepadanya: “Kamu! Kamu telah memerintahkan hambaKu untuk sujud kepada kamu?” Matahari menjawab. “Tuhanku! Maha Suci diriMu! Bagaimana aku harus memerintahkan mereka berbuat demikian sedangkan aku adalah hamba yang halus?” Allah Taala berfirman: “Aku percaya!” Allah Taala telah menambahkan cahaya dan kepanasannya sebanyak 70 kali ganda. Ia telah dihampirkan dengan kepala makhluk.” Ibnu Abbas r.h. berkata: “Peluh manusia bertiti dan sehingga mereka berenang di dalamnya. Otak-otak kepala mereka menggeleggak seperti periuk yang sedang panas. Perut mereka menjadi seperti jalan yang sempit. Air mata mengalir seperti air mengalir. Suara ratap umat-umat manusia semakin kuat. Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda SAW sujud di hadapan Arsy dan sekali lagi, baginda SAW rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya. Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. Mereka berkata: “Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat, hal keadaan umatnya. Daripada Thabit Al-Bani, daripada Usman Am Nahari berkata: “Pada suatu hari Nabi SAW menemui Fatimah Az-Zahara’ r.h. Baginda SAW dapati, dia sedang menangis.” Baginda SAW bersabda: “Permata hatiku! Apa yang menyebabkan dirimu menangis?” Fatimah menjawab: “Aku teringat akan firman Allah Taala.” “Dan, kami akan mehimpunkan, maka Kami tidak akan mengkhianati walau seorang daripada mereka.” Lalu Nabi SAW pun menangis. Baginda SAW bersabda: “Wahai permata hatiku! Sesungguhnya, aku teringat akan hari yang terlalu dahsyat. Umatku telah dikumpulkan pada hari kiamat dikelilingi dengan perasaan dahaga dan telanjang. Mereka memikul dosa mereka di atas belakang mereka. Air mata mereka mengalir di pipi.” Fatimah r.h. berkata: “Wahai bapaku! Apakah wanita tidak merasa malu terhadap lelaki?” Baginda SAW menjawab: “Wahai Fatimah! Sesungguhnya, hari itu, setiap orang akan sibuk dengan untung nasib dirinya. Adapun aku telah mendengar Firman Allah Taala:” Bagi setiap orang dari mereka, di hari itu atau satu utusan yang melalaikan dia.( Abasa: 37) Fatimah ra. bertanya: “Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?” Baginda SAW menjawab: “Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku.” Fatimah r.h. bertanya lagi: “Sekiranya aku dapati kamu tiada di telaga?” Baginda SAW bersabda: “Kamu akan menjumpaiku di atas Sirat sambil dikelilingi para Nabi. Aku akan menyeru: “Tuhan Kesejahteraan! Tuhan Kesejahteraan! Para malaikat akan menyambut: “Aamiin.” Ketika itu juga, terdengar seruan dari arah Allah Taala lalu berfirman: “Nescaya akan mengikuti kata-katanya pada apa yang kamu sembah.” Setiap umat akan berkumpul dengan sesuatu yang mereka sembah. Ketika itu juga, neraka Jahanam melebarkan tengkuknya lalu menangkap mereka sebagaimana burung mematuk kacang. Apabila seruan dari tengah Arsy kedengaran, maka manusia yang menyembahNya datang beriring. Sebahagian daripada orang yang berdiri di situ berkata: “Kami adalah umat Muhammad SAW!” Allah Taala berfirman kepada mereka: “Mengapa kamu tidak mengikuti orang yang kamu sembah?” Mereka berkata: “Kami tidak menyembah melainkan Tuhan Kami. Dan, kami tidak menyembah selainNya.” Mereka ditanya lagi: “Kami mengenali Tuhan kamu?” Mereka menjawab: “Maha Suci diriNya! Tiada yang kami kenali selainNya.” Apabila ahli neraka dimasukkan ke dalamnya untuk diazab, umat Muhammad SAW mendengar bunyi pukulan dan jeritan penghuni neraka. Lalu malaikat Zabaniah mencela mereka. Mereka berkata: “Marilah kita pergi meminta syafaat kepada Muhammad SAW!” Manusia berpecah kepada tiga kumpulan. 1. Kumpulan orang tua yang menjerit-jerit. 2. Kumpulan pemuda. 3. Wanita yang bersendirian mengelilingi mimbar-mimbar. Mimbar para Nabi didirikan di atas kawasan lapang ketika kiamat. Mereka semua berminat terhadap mimbar Nabi Muhammad SAW. Mimbar Nabi Muhammad SAW terletak berhampiran dengan tempat berlaku kiamat. Ia juga merupakan mimbar yang paling baik, besar dan cantik. Nabi adam as dan isterinya Hawa berada di bawah mimbar Nabi SAW. Hawa melihat ke arah mereka lalu berkata: “Wahai Adam! Ramai dari zuriatmu dari umat Muhammad SAW serta cantik wajah mereka. Mereka menyeru: “Di mana Muhammad?” Mereka berkata: “Kami adalah umat Muhammad SAW. Semua umat telah mengiringi apa yang mereka sembah. Hanya tinggal kami sahaja. Matahari di atas kepala kami. Ia telah membakar kami. Neraka pula, cahaya juga telah membakar kami. Timbangan semakin berat. Oleh itu tolonglah kami agar memohon kepada Allah Taala untuk menghisab kami dengan segera! Sama ada kami akan pergi ke syurga atau neraka.” Nabi Adam as berkata: “Pergilah kamu dariku! Sesungguhnya aku sibuk dengan dosa-dosaku. Aku mendengar firman Allah Taala: Dan dosa Adam terhadap Tuhannya kerana lalai. Mereka pergi berjumpa nabi Nuh as yang telah berumur, umur yang panjang dan sangat sabar. Mereka menghampirinya. Apabila nabi Nuh as melihat mereka, dia berdiri. Pengikut (umat Nabi Muhammad SAW) berkata: “Wahai datuk kami, Nuh! Tolonglah kami terhadap Tuhan kami agar Dia dapat memisahkan di antara kami dan mengutuskan kami dari ahli syurga ke syurga dan ahli neraka ke neraka.” Nabi Nuh as berkata: “Sesungguhnya, aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah mendoakan agar kaumku dimusnahkan. Aku malu dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Ibrahim kekasih Allah Taala! Mintalah kepadanya agar menolong kamu!” Nabi Ibrahim as berkata: “Sesungguhnya aku pernah berbohong di dalam usiaku sebanyak tiga pembohongan di dalam Islam. Aku takut dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Musa as! Mintalah pertolongan darinya!” Nabi Musa as berkata: “Aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah membunuh seorang jiwa tanpa hak. Aku membunuhnya bukan dari kemahuanku sendiri. Aku dapati dia melampaui batas terhadap seorang lelaki Islam. Aku ingin memukulnya. Aku terperanjat kerana menyakitinya lalu menumbuk lelaki tersebut. Ia jatuh lalu mati. Aku takut terhadap tuntutan dosaku. Pergilah kamu berjumpa Isa as!” Mereka pergi berjumpa nabi Isa a.s. Nabi Isa a.s. berkata: “Sesungguhnya Allah Taala telah melaknat orang-orang Kristian. Mereka telah mengambil aku, ibuku sebagai dua Tuhan selain Allah Taala. Hari ini, aku malu untuk bertanya kepadaNya mengenai ibuku Mariam.” Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra’ sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad SAW dia berkata: “Ini umat Nabi Muhammad SAW. Mereka telah sesat dari Nabi mereka.” Suara Mariam, telah didengari oleh Nabi Muhammad SAW Nabi Adam a.s. berkata kepada nabi Muhammad SAW. “Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala.” Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: “Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!” Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya. Terdengar suara seruan: “Wahai Adam! Ke marilah kepada Tuhanmu!” Nabi Adam as berkata: “Wahai Muhammad! Tuhanku telah memanggilku. Moga-moga Dia akan meminta kepadaku.” Nabi Adam as pergi menemui Allah Taala. Allah Taala berfirman kepadanya: “Wahai Adam! Bangunlah dan hantarkan anak-anakmu ke neraka!” Nabi Adam as bertanya: “Berapa ramai untukku kirimkan?” Allah Taala berfirman: Setiap seribu lelaki kamu hantarkan seorang ke syurga, 999 orang ke neraka.” Allah Taala berfirman lagi: “Wahai Adam! Sekiranya Aku tidak melaknat orang yang berdusta dan Aku haramkan pembohongan, nescaya Aku akan mengasihi anakmu keseluruhannya. Akan, tetapi, Aku telah janjikan syurga bagi orang yang mentaatiKu Neraka pula bagi orang yang menderhakaiKu Aku tidak akan memungkiri janji. Wahai Adam! Berhentilah di sisi Mizan (timbangan). Sesiapa yang mempunyai berat pada kebaikannya daripada dosanya walaupun seberat biji sawi, bawalah dia untuk memasuki syurga tanpa perlu berunding denganKu! Sesungguhnya Aku telah menjadikan bagi mereka, satu kejahatan dengan satu dosa. Manakala satu kebaikan dengan sepuluh pahala agar memberitahu mereka bahawa, sesungguhnya Aku tidak akan memasukkan mereka ke dalam neraka melainkan setiap yang kembali akan dikembalikan dengan dosa bagi orang yang melampaui batas.” Nabi Adam as berkata: “Tuhanku! Penguasaku! Engkau lebih utama bagi menghisab berbanding aku. Hamba itu adalah hambaMu dan Engkau Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib!”

No comments:

Post a Comment

Kata-kata Hikmah

Solat subuh awal waktu memberikan keceriaan wajah di sepanjang masa Kemurahan hati adalah kesempurnaan dan hiasan agama, mengambil hati orang lain adalah lebih sukar daripada menakluki benteng musuh...sungguh bahagia apabila kita hidup bermurah hati antara musuh kita...kerana janganlah membencinya,melukai hati seseorang adalah mudah...menyembuhkan kembali amatlah susah...kerendahan hati adalah dasar yang kukuh bagi segala kebajikan..setiap perbuatan murah hati adalah tangga menuju ke syurga.... Dalam masyarakat nampaknya segenggam wang lebih kuat n bernilai dari puluhan genggam kebenaran..kejujuran..keikhlasan kerna bila wang bersuara kadangkala kebenaran menjadi diam..bila usaha seseorang itu hanya untuk perutnya..maka harga hidupnya sama seperti apa yang dikeluarkan dari perutnya itu...bila seseorang manusia tidak dapat menguasai nafsunya akhirnya nafsu itu akan merendahkan dan menghinakan dirinya..walaupun pada mulanya dia seorang yang terhormat dan berkedudukan... moga hidayah,rahmat,barakah..kesejahteraan..kebahgiaan..limpahan rezeki sentiasa mendampingi kita di sepanjang waktu Selagi ada sekelumit iman di dada selagi itu jua kita jangan putus harap berdoa agar kehidupan kita sentiasa mendapat rahmat dari allah Ya allah bersihkan, terangkan, tenang, tenteramkan, tajamkan hati, jiwa, fikiran dan perasaan kami hanya tunduk padamu ya allah. Sentiasa beri petunjuk, rahmat, hidayah dan inayah pada kami, kurniakan kesihatan, kesejahteraan, kebahgiaan, kejayaan kami dunia dan akhirat. Murahkan rezeki dan berkatkan hidup kami dengan rezeki yang halal, Kabul dan makbulkan apa yang di minta dan takkan mengurangi kekayaanmu. Mustajabkan segala hajat kami ya allah --------------------------------------- Ada 3 macam bongkoknya manusia : Bongkok ubi – pabila diluruskan dia patah Bongkok rotan – dapat diluruskan selama masih kita pegang, setelah dilepaskan ia akan bongkok Bongkok besi – setelah diluruskan ia akan lurus selama-lamanya Ada 3 macam jatuhnya manusia : Jatuh tupai – jatuh yang menguntungkan kerana semakin jatuh ia semakin kuat untuk melatih dirinya Jatuh petai – jatuh yang tak merugikan Jatuh tapai – jatuh yang buruk yang berselerak di lantai ---------------------------------------------- Boleh jadi di sebalik penderitaan yang dihadapi terletak kebahgiaan yang diimpikan sebab semakin besar penderitaan seseorang dalam berjuang untuk mendapatkan sesuatu semakin tinggi pula tingkat kebahgiaannya. Jika sesuatu yang diinginkannya itu ia dapat dimiliki. Bagi orang yang berbahgia dan damai di hati, dia menganggap istana bukanlah pada rumah yang besar,bagus serta mewah tapi hanya terletak dalam hati yang telah dapat sinar ilahi. ------------------------------------------------- Kelebihan burung pada kepaknya, kelebihan gajah pada kekuatannya, kelebihan manusia pada akalnya.’ ‘kebahagian itu letak nya di hati, oleh kerana itu kalau kita kaya, senangkanlah hati kita. Kerana dengan kekayaan kita itu terbentang kesempatan di hadapan kita untuk mengeluarkan orang dari kesusahan. Perbuatan kita di senangi orang. Kitamendapat pujian di penjuru dunia. Kita menjadi mulia.tegak kita mulia. Di depan kita terbentang permaidani kepujian sebab kita beroleh kebebasab dan kemerdekaan.akan tetapi jika kita miskin senangkanlah hati kita. Kerana kita telah terlepas dari satu penyaki jiwa. Penyakit kesombongan yang selalu menimpa diri orang-orang kaya. Senangkanlah hati kita kerana tiada orang yang hasad dengki pada kita. Disebabkan kemiskinan kita, kemiskinan juga adalah nikmat. Kerana dengannya tiada jalan bagi orang lain untuk berkecil hatidan tiada pula pintu kebencian. Yang paling utama dan afdal ialah meringankan timbangan di padang masyar.’ ---------------------------------------------------- gelap ada 5 macam : 1. Gelap kerana malam 2. Gelap kerana mata buta 3. Gelap otak kerana tak berilmu 4. Gelap hati kerana tak beragama 5. Gelap kehidupan kerana lemah rezeki ------------------------------------------------------- Biasakanlah kita bersikap jujur dan benar walaupun di hadapan kita itu adalah bahaya. Yakinlah bahawa itu bukan bahaya tapi bahagia. Jauhilah dengan sikap dan sifat pendusta walaupun kita melihat di depan kita bahagia. Sebab itu bukan bahagia tapi celaka. Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya dan menjadi nakhoda untuk bahtera hidupnya.’ ------------------------------------------------------ Manusia terbahagi kepada 4 golongan : 1. Orang pandai mengaku pandai 2. Orang bodoh mengaku pandai 3. Orang bodoh mengaku bodoh 4. Orang pandai mengaku bodoh Justeru itu orang yang tahu dengan dirinya dia akan tahu pula dengan kesalahannya dan tahu pula untuk merubahnya. DEngan demikian dia akan di hormati oleh orang lain.’ -------------------------------------------------------- Tertawa dan senyumlah pada segala cubaan kerna dunia ini hanya kosong belaka. Terimalah sepuluh kekalahan sebelum menerima satu kemenangan. Kebencian tidak akan dapat dimusnahkan dengan kebencian. Melainkan dengan kasih sayang.’ -------------------------------------------------------- Orang yang bersifat IKHLAS itu akan tahu : ''Menahan perasaan adalah satu pengorbanan, tidak terlalu sukacita pada waktu tertawa, tidak berduka pada waktu menangis, orang yang bersifat ikhlas dia sentiasa tahu bagaimana jua pun kejadian sesuatu akhirnya kebenaran tetap menang sedangkan kebathilan menunggu ajalnya kerana alam ini tidak mahu mengandung kotoran...'' ---------------------------------- Barang siapa di antara kita tiada akhlak dan adab bererti ia tidak ada ilmu..brg siapa tiada kesabaran bererti ia tiada iman..bagi orang yang ikhlas,sakit dan susah itu adalah kulitnya..yang isinya adalah rahmad dan nikmat..kerana dengan jalan inilah dia akan lebih lagi dekat lagi kepada allah.. ----------------------------------------- Meskipun pujian tidak menyenangkan tapi manusia selalu menyukainya..meskipun celaan tidak merugikan tapi selalu membencinya...musuh yang selalu mencela kita itu akan membuatkan terbangun dari kelalalian..tapi teman yang selulu memuji itu selalu membuatkan kita tidak tahu diri..manusia yang suka orang lain, pada suatu ketika hinaan itu akan kembali kepada dirinya sendiri... ----------------------------------------------- Cita-cita perlu bagi manusia yang hidup..manusia yang tiada cita-cita bukanlah sebenarnya dia hidup tapi itu adlah kematian... ------------------------------------------- Kebenaran tidak pernah layu.. katakanlah yang benar walaupun pahit untuk mengatakanya..kebenaran tidak memerlukan hiasan kata-kata..kebenaran dapat berjalan menembusi ke mana saja hingga seluruh dunia tanpa senjata. Kebenaran seperti jarum kompas yang selalu meunujuk ke jalan yang betul..mengatakan kebenaran adalah satu hal yang sulit.. sesiapa yang membenci kebenaran maknanya dia membenci cahaya... -------------------------------------------------------- 4 macam arah tuju harta...untuk baja, yang digunakan utk beli buku ilmu pengetahuan dan sedekah....untuk busuk yg digunakan utk mkan...utk lapuk utk membeli pakaian n rumah...utk kutuk yg digunakan utk maksiat....hakikat buta bukanlah buta harta tapi buta hati....hakikat miskin bukanlah miskin harta tapi miskin budi... ------------------------------------------------------ Kita tidak perlu menyesal kalau orang lain tidak tahu pengetahuan kita...kita harus bersusah hati kalau kita tidak mengetahui pengetahuan orang lain...kalau hendak tahu kesalahan orang, tanyakan lah pada musuhnya...kalau nak tahu kebaikan orang tanyelah pada kawannya..kerna ada salah dibenarkan dan ada yang benar disalahkan...bergantung sama ada dia dibenci atau disayangi... ------------------------------------------------------ Berbicara itu mudah tapi mengerjakan adalah sukar...orang banyak bicara tidak mempunyai waktu berfikir...sesiapa yang banyak bicaranya banyak lah pula celaannya...kadang2 org berbicara bukan mengutarakan apa yang dikehendaki...tapi bagi menyelimuti keinginan yang sebenarnya..org yang sudah matang fikirannya amat sedikit bicaranya... -------------------------------------------------------- kebaikan sejati adalah daripada sanubari manusia...dan semua manusia dilahirkan baik...kebaikan itu banyak tapi sedikit orang membuatnya..kita semua selalu bertanya, adakah dia orang kaya?...tidak seorang pun bertanya, adakah dia orang yang baik?..jika sekiranya orang memberi kita kelapa, kita membalasnya lah dengan kelapa n gulanya sekali...lakukanlah tugas kita dengan baik n ikhlas serta benar dan biarkanlah dunia ini tenggelam... bahawa sesungguhnya kebaikan dapat menutupi dosa... -------------------------------------------------------- Apabila kita berbuat salah, jangan lah malu mengakui nya...dan berusahalah untuk memperbaikinya..mempunyai kesalahan dan tidak berusaha memperbaikinya...itulah ego --------------------------------------------------------- Setiap orang perlu memiliki semangat dan keyakinan. Semangat tanpa pengetahuan adalah seperti kuda yang terlepas dari kendali. Kita tidak boleh kehilangan semangat, semangat adalah ransangan terkuat bagi mencitai, berkuasa, berjaya,bahagia,sihat sejahtera. berkeinginan untuk hidup lagi lama.manusia itu laksana anggur, yang jelek semakin lama semakin kecut.yang segar semakin lama semakin baik. jenis yang baik itu selalu ditandai dengan semangat. selagi ada semangat kita tetap muda. tidak apa sekiranya kita kehilangan semua harta asal jangan kehilangan semangat. ---------------------------------------------------------- Hadapilah segala ranjau onak duri di dunia yang fana ini dalam suasana tabah dan tenang. esok masih ada untuk menerangi hidup ini. Allah maha bijaksana mengatur program hidup kita. justeru itu taatlah, patuhlah pada perintahnya tanpa berbelah bagi pada setiap waktu. pasti kita akan dapat apa yang kita harapkan.

Haji Muda

Pengalaman :Dengan izin ALLAH tanggal 26 Disember 2006 hingga 2 Feb 2007, berangkat saya menunaikan fardhu haji bersama 3 adik beradik dan 1 kakak ipar diwaktu usia 28 tahun. Alhamdulillah, saya bersyukur apabila terpilih sewaktu musim 'haji akbar'..Bagi golongan muda jika ada kemampuan, sila tunaikan seawalnya..jangan tunggu seru sampai...seru hanya untuk hidup,mati,jodoh,rezeki,anak...kita merancang dan selebihnya serah kepada Allah yang maha besar kuasanya..



Kaedah untuk memulakan niat yang suci :Untuk menunaikan haji ini anda boleh guna muhasasah atau pakej..kalau muhasasah melalui pendaftaran di tabung haji..pandangan saya kalau ada rezeki lebih pergilah menunaikan haji melalui pakej coz ada rezeki dapat duduk dekat sikit dengan masjidil haram..so dapat la sampai awal ke masjid...saya kesian dengan jemaah yang berusia lebih 60an tu untuk berjalan kaki ke masjid, saya sendiri pun berjalan ke masjid dalam 20 minit...bukan apa, menunaikan haji ini memerlukan tenaga untuk melaksanakan ibadah..di sana kita tidak ada kerja lain selain menghambakan diri dengan allah...



Pemerhatian :Di sana apabila berjamaah tu memang rapat sangat saf...tapi bila balik m'sia tersangatlah bezanya dengan makmun kita ni...so rapat-rapatkan la saf tu bila nak berjamaah...jangan beri ruang pada syaitan....bila kita sembahyang tu rasa kuat sangat perpaduan umat islam...menunaikan haji banyak mengajar saya erti kehidupan...perlu kesabaran yang tinggi...belajarlah erti keredhaan pada allah...apa yang kita terima adalah yang terbaik dari allah untuk kita..so janganlah kita merungut dengan apa yang kita ada dan jangan hasad dengki dengan apa yang orang dan kawan-kawan kita ada!!...sentiasa menjadi orang bersyukur..kalau kita tak dapat, mungkin anak kita dapat..kalau anak tak dapat mungkin cucu kita dapat...kalau cucu tak dapat mungkin ada keturunan kita yang dapat..cuma kita sentiasa berdoa pada allah agar sentiasa memberi yang terbaik untuk kita di dunia dan akhirat..kalau kita kesal bermakna kita kesal dengan allah...so jika berada di mekah, apa pun yang berlaku itu adalah rezeki kita...muhasabah semula diri kita dengan allah...Allah Maha Besar...



Jemaah paling ramai sekali adalah dari negara Indonesia. Berjumlah 200,000 jemaah..ianya mengikut population negara mereka 200 juta...sempat saya bertanya mereka kenapa jemaah mereka begitu ramai dan majoriti yang saya jumpa masih muda, sedangkan kita tahu rakyat mereka banyak yang susah, tapi mereka masih sanggup untuk menunaikan rukun kelima seawal mungkin..jawapannya mereka ini sanggup menggadai harta mereka semata-mata untuk menunaikan rukun haji..kalau rakyat mereka tidak susah masakan ramai rakyat mereka bekerja di negara kita kan...kita sepatutnya bersyukur kerana tabung haji mengenakan bayaran sebanyak rm 9 ribu lebih termasuk kapal terbang, penginapan, makan minum. tapi jemaah indonesia tidak berlaku begitu. bayangkan bagaimana mereka survive di sana. Seperkara lagi jemaah dari india, mereka rendam kain putih dengan air zam-zam dan keringkan kain tersebut untuk di bawah pulang. Wallahualam samada mereka tiada wang untuk pos air zam-zam atau peraturan airlines tak membenarkan membawa masuk air zam-zam..



Apa yang saya lihat adalah kita hendaklah mengejar setiap saat sepanjang berada di sana dengan melakukan ibadah seperti sembahyang taubat,hajat,membaca al quran..kurangkan bersembang...tumpu sepenuh perhatian terutama di dalam menunaikan rukun wajib haji...ikut peraturan setiap rukun tersebut..jika anda tidak melakukan dengan betul..bermakna ibadat anda tidak sah..dan akhirnya berhutang dengan allah...agak-agaknya bila anda hendak bayar semula hutang tersebut...nak pergi bukan boleh suka-suka order...jangan main-main perkara ini...Menunaikan haji bukan untuk kita berehat dan mengambil angin..Itu sebab saya seru pada semua orang muda-muda yang masih banyak tenaga untuk tidak mengambil berat perkara ini jika anda berkemampuan..Habis kan duit beli kereta ikut kemahuan boleh pula..Habiskan duit untuk melancong boleh pula...Habis kan duit pergi ekspedisi boleh pula...Apa sahaja yang anda habiskan tu akan ditanya di akhirat kelak...



Memandangkan saya dikira antara penerbangan terakhir, sampai di Airport Jeddah dalam jam 4 pagi dalam keadaan berpakaian ihram. Sementara menunggu semakan imigresen ambil masa jemaah akan sembahyang subuh di situ..Sesudah melepasi imigresen tu menunggu bas di luar untuk terus ke Mekah. So isi perut dahulu...Bagi orang yang cerewet makan tu..buang segala sifat yang anda ada...kalau tak boleh makan tu jangan la membebel..itu tak boleh ini tak boleh...diam sahaja...pergi menunaikan haji bukan untuk memikirkan makan anda...cukup sekadar kita jangan lapar sehingga menjejaskan kesihatan kita untuk berhadapan pada hari kemuncak nanti...Di mekah atau di mana kita berada tiada mustahil bagi tuhan...memang itu sifat Allah...lebih baik kita berdoa agar setiap makanan yang kita makan itu akan memberi kesihatan kepada kita..Selalu kita dengar, jemaah akan berkata...sebelum sampai sakit lutut..tapi dah sampai ke Mekah, kuat pula berjalan...sebelum sampai ke Mekah macam-macam pantang makan...tapi di Mekah semua jenis makanan saya makan...kena ingat!!!...apa pun yang berlaku itu kerja allah yang maha berkuasa...itulah antara hikmah kita menunaikan haji ini, mengajar kita untuk sentiasa mengingatinya dan sentiasa memohon pada nya...kita tidak berkuasa di atas dunia ini...walau setinggi mana darjat dan pangkat dan kemewahan yang kita ada...Saya terus sampai di Mekah pada hari Jumaat dalam pukul 2 petang..so terlepas sembahyang Jumaat. 8 hari lagi sebelum hari wukuf tiba. So memang la dah padat sangat di masjidil haram tu...



Kita jangan banyak kerenah...mesti banyak ada perasaan simpati pada orang...jangan banyak komen...kita ni suka sangat komen hal orang...tidak mahu berubah...tidak mahu mengenal nikmat Allah...terlalu sombong dan angkuh dengan diri kita...beg dilempar pun kita dah mengelabah pastu bising-bising hingga mengganggu perasaan orang lain...mana tuhan tak uji kita cukup-cukup...



Menjadi satu kerugian jika kita tidak sihat di sana..Tujuan kita ke Mekah untuk beribadah padanya..tapi kalau dah duduk Hospital berhari-hari...kan rugi namanya tu hasil perbuatan kita sendiri yang tanpa kita sedari...asyik nak salahkan orang sahaja...tu yang kita kata, manusia ini terlalu sombong dan angkuh pada sesama manusia....Lebih-lebih lagi ketika berada di Tanah Haram yang penuh keberkatan itu..



Aktiviti harian di Mekah :



Berikut adalah rutin harian di sana :1. Keluar dari hotel jam 2 pagi untuk sembahyang subuh. Time tu bila sampai di masjidil haram, insya allah tempat boleh pilih lagi...nak angel mana pun, insya allah boleh...2. Jam 7 pagi keluar dari masjidil haram, terus beli breakfast...3. Jam 8 pagi sampai hotel semula...4. Jam 9 pagi tido sebentar...5. Jam 10 pagi bangun dan bersiap pergi masjid semula...6. Jam 1 ptg lepas sembahyang zohor balik hotel utk makan lunch..7. Jam 2.30 ptg g masjid semula n stay sampai waktu isyak..8. Jam 9 mlm makan kat kedai tepi masjidil haram tu..9. Jam 10 malam sampai hotel n tido...10. Jam 1 pagi bangun dah utk bersiap g masjid..



So apa kita nak buat sebelum sampai masa nak wukuf itu...Tu pentingnya kita nak faham semasa mendengar Kursus Haji itu...Alangkah bertuahnya kita bersembahyang di dalam Masjidil Haram sambil mengadap Baitullah di depan MATA!!!...Allahuakbar...Dengan penuh keinsafan dan berjujuran air mata apabila melihat Kaabah tanda kesyukuran kerana memberi peluang dalam umur yang masih ada ini untuk memijak kaki dan memandang Kaabah...sedangkan kita tahu tempat ini adalah sejarah Nabi Ibrahim,Nabi Ismail dan Siti Hajar dan Nabi Muhammad...Begitu lama sejarah Islam itu telah berlaku...dan dengan izin Allah, kita berpeluang berada di situ bersama umat Islam dari seluruh dunia..Itulah rutin hariannya sepanjang berada di sana..so anda bayangkanlah, kita sentiasa bekerja. Kita mengejar masa, bukan masa menunggu kita..jika anda tidak mengejar nikmat yang allah telah jemput itu maka rugilah kita seumur hidup...sebabnya belum tentu anda akan menemuinya semula tanpa izin Allah yang Maha Besar



Apabila hendak tiba hari wukuf di Arafah...pada 8 Zulhijjah sebelah petang kita dah kena ready untuk berangkat menaiki bas mengikut no bas masing-masing..so jemaah akan membawa beg yang tabung haji bagi tu..bawalah pakaian untuk duduk di Arafah (1 hari - 9 Zulhijjah) dan Mina (4 hari - 10 hingga 13 Zulhijjah)dalam bas ini ada dalam 30 orang kalau tak silap...so masing-masing bawa la diri dan hati masing-masing. Banyakkan beristigfar ketika itu...Ingat Allah!!! Jangan disebabkan kita, orang lain mendapat 'susah'...ibarat macam dalam kampung, jika segelintir orang membuat maksiat maka bala yang allah turunkan adalah kepada seluruh kg...jadi jaga hati dan mulut masing-masing ketika berada di dalam kumpulan masing-masing...hidup ni jangan suka menyusahkan orang dan jangan dengki sesama manusia...apa yang orang dapat, itu rezeki mereka..orang yang dapat pula kenalah beringat...ini mungkin ujian allah untuk menjadikan kita orang yang lebih bertakwa...so sebelum sampai ke Arafah, akan singgah bermalam di Mudzalifah untuk mengutip batu-batu kecil itu..Keadaan ketika itu sangat sejuk..maka kedengaranlah batuk di sana sini..apabila melihat situasi itu, rasa keinsafan pada diri kita yang masih muda ini...Ya Allah, aku bersyukur sangat dalam usia yang semuda ini dan mempunyai daya kekuatan yang baik...engkau telah memberi aku peluang untuk menunaikannya...anda bayangkan orang tua yang telah berumur tu dalam keadaan tenaga mudah kehabisan ditambah dengan cuaca yang sangat sejuk....walaubagaimanapun, pada saya, kita berpegang semula kepada konsep asal di mana walauapapun yang kita terima baik batuk ker..selesema ker…demam ker…banyak2 lah beristigfar dan mohon keampunan kepada allah…jangan kita heboh sangat untuk menceritakan kesusahan kita itu pada orang lain…perbanyakkan sembahyang taubat…mudah mudahan allah memberi suntikan kekuatan dalam diri kita untuk melakukan ibadah ini dengan sempurna. Di sini berlaku la, ada bas yang lambat sampai sedangkan gerak sama-sama…bila berlaku perkara-perkara begini..muhasabah diri kita cepat-cepat…ya allah..ampunkan dosa ku…pada ketika itu hanya dia sahaja tempat kita mengadu…jangan la masa tu kita nak salahkan pemandu la, bas rosak la..bas disalahkan…jalan jem teruk la….kita nak salahkan siapa …haji ini mengajar kita bersabar,bertenang, bermuhasabah dan yang paling penting mengajar kita untu sentiasa mengingati allah dan selalu memohon padanya.

Dah sampai di padang arafah…maka disediakan satu khemah ikut kumpulan…janganlah ada perasaan berebut-rebut tempat…kenapa nak berebut-rebut..itu kan tempat allah…jangahlah ada perasaan nak duduk,baring,tidur dengan selesa….masih ada Jemaah yang menggunakan peluang itu untuk tido dengan nyenyaknya hinggalah ke subuh…maka tersangatlah rugi kita ni…hanya itu sahaja masa yang kita ada untuk menjejakkan kaki di tanah yang sungguh berkat itu..masa haji sahaja kita boleh ke kawasan itu..umrah pun tak dapat jejak..dapat tengok jer dari luar…berpuluh tahun kita hidup takkan lah kita nak berkira masa tu dengan allah…maka gunakanlah masa itu untuk beribadat pada allah…ada orang tak dapat merasai bermalam di arafah disebabkan bas tak sampai-sampai..akhirnya nak subuh nanti baru sampai ataupun sesudah subuh baru sampai…tandas kalau diikutkan memang tak cukup…so carilah masa tersendiri agar tidak membuang masa menunggu giliran…pada waktu siang 9 zulhijjah kita dah boleh berkira-kira untuk mencari tempat masing-masing untuk berdoa…selesai sahaja solat zohor…maka bermula masa kemuncak yang dikatakan masa paling afdal untuk berdoa sehinggalah asar menjelma…apa yang terlintas di hati ini ialah…ya allah kebesaran mu sungguh agung..kerana menemukan aku berdoa sendiri di padang arafah pada ketika ini…sedangkan sebelum ini di masa yang sama aku hanya berdoa di rumah sahaja…tetapi kali ini dengan izinmu jua, dapat aku menadah tangan yang engkau pinjamkan ini untuk aku meluahkan apa sahaja yang terlintas…kita pun sedia maklum bahawa inilah antara tempat paling mustajab doa yang allah makbulkan…oleh itu, keluarlah dari khemah untuk kita menadah ke langit tanpa ada satu daun pun selindung…dengan deraian air mata kerana kerana diberi peluang untuk berbuat begitu untuk memohon keampunan kepada allah…



Sesudah maghrib, maka bersiaplah kita menaiki bas meninggalkan padang arafah itu dengan sejuta harapan agar pada lain masa dapat kita menjejakkan kaki ke situ kembali. Tidak jauh dari situ maka tibalah kita di mina untuk menyelesaikan ketiga-tiga jamrah….masih sama, iaitu duduk di dalam khemah putih tu beramai-ramai. Keluasan tempat yang diberi itu hanya selebar kita mengiring…kalau baring menelentang pun tak boleh…kalau kita tido menelentang maka Jemaah lain tidak cukup tempat…dan ini menyaksikan segelintir Jemaah yang masih sombong dan angkuh hanya untuk mendapat keselesaan tempat tidur. Perbuatan ini yang menyedihkan kita dek kerana kealpaan kita dalam memahami kebesaran. Ada 4 perkara yang apabila kita melihat perkara itu, insya allah akan memberi pahala :a. Al Quran-Janganlah kita meletakkan Al Quran itu ditempat yang rendah dari yang lain. Pastikan Al Quran sentiasa berada di atas dari benda yang lain.b. Ibu Bapa-Jagalah ibubapa sebaik mungkin sebab nikmat melihat ibu bapa hanya sementara sahaja. Jika mereka meninggal dunia awal, maka hilanglah satu nikmat untuk kita melihat wajahnya.c. Kaabah-Nikmat ini tidak semua orang dapat merasainya. So sementara usia tuhan pinjamkan tu, kejarlah matlamat ke sana seawal mungkin agar nyawa yang tuhan pinjam kan ini dapatlah kita menikmati nikmat tersebut..d. Laut-Nikmat ini mudah untuk dicapai di mana-mana sahaja.



Antara hikmah yang boleh kita gambarkan adalah satu hari sembahyang di Masjidil Haram, pahala yang Allah janjikan adalah bersamaan dengan 1 ribu 3 ratus tahun untuk kita kumpulkan point tersebut di Malaysia. So bayangkan betapa besarnya nikmat yang Allah bagi..Subhanallah...Semoga Allah melindungi kita dari melakukan kemungkaran di atas dunia ini.