Wednesday, November 25, 2009

Anugerah Inovasi Y.B Menteri Pengajian Tinggi 2009





Anugerah Inovasi Y.B Menteri Pengajian Tinggi 2009


Anugerah Inovasi Y.B Menteri Pengajian Tinggi 2009

Putrajaya, Selasa 24 November 2009 - Hari Inovasi Kementerian Pengajian Tinggi Tahun 2009 yang di rasmikan oleh Y.B. Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, selaku Menteri Pengajian Tinggi telah menobatkan (Kumpulan eWave, JPSTM) dari Perpustakaan Tun Abdul Razak sebagai Juara Keseluruhan Anugerah Y.B Menteri Pengajian Tinggi 2009 buat pertama kali disamping menerima Anugerah Kategori Teknikal.
Terdapat 22 pencalonan dari seluruh IPTA dan UiTM melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMI) telah menghantar 5 pencalonan iaitu:
1. Pejabat Bendahari - Sistem Autopush/Autopull
2. Jabatan Pengurusan Sistem & Teknologi Maklumat (Kumpulan eWave) Perpustakaan Tun Abdul Razak - Self Charging Machine In Library
3. Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMI) - Halal Certification Information System (HCIS)
4. Pusat Sistem Maklumat Bersepadu (PSMB) - Vendor Monitoring System (VMS)
5. Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMI) - School's Student Management System (SSMS)

Terdapat 5 kategori yang dipertandingkan dan berikut adalah keputusan Anugerah Inovasi KPT 2009 seperti berikut:

1. Juara Keseluruhan Inovasi Y.B Menteri Pengajian Tinggi 2009 - Kumpulan eWAVE,JPSTM Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM (Self Charging Machine In Library )
2. Anugerah Kategori Teknikal - Kumpulan eWAVE,JPSTM -Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM (Self Charging Machine In Library )
3. Anugerah Kategori Pengurusan ICT & Sistem - Pusat Sistem Maklumat Bersepadu (PSMB), UiTM (Vendor Monitoring System (VMS) )
4. Anugerah Kategori Pengurusan Am - Pejabat Pendaftar Universiti Putra Malaysia (UPM) (Sistem Pelaporan Intergrasi (SPIN))
5. Anugerah Kategori Peralatan & Bahan -Institut Penyelidikan PerubatanMolekul (INFORMM) Kampus Kesihatan,Universiti Sains Malaysia (USM) (Sistem Pengurusan Penggunaan Bahan Kimia (INFORMM Chemical Inventory Management System, ICIMS) )
6. Anugerah Kategori Pengajaran & Pembelajaran - Pusat pengajian Sains Kesihatan (PPSK),Universiti Sains Malaysia (USM) (Pengurusan Masa Peperiksaan Amali (Sistem V-Time))

Semoga kemenangan tersebut menjadi pendorong dan semangat kepada semua dalam membudayakan elemen kreativiti dan inovasi dalam setiap Jabatan/Bahagian melalui platform KIK.