Friday, May 28, 2010

Kisah Mashitah - Penyisir Rambut Puteri Firaun

Meneliti kisah Firaun yang memerintah Mesir pada zaman Nabi Musa AS diutus menjadi Rasul tidak akan melepaskan diri kita daripada membicarakan mengenai seorang wanita yang mempunyai keimanan, kesabaran dan kerelaan terhadap segala ketentuan Allah yang tidak ada tolok bandingnya di dunia ini. Wanita itu dikenali sebagai Mashitah.

Mashitah bekerja sebagai pelayan raja dan tugasnya yang khusus ialah sebagai tukang sikat keluarga Firaun. Beliau menyahut seruan Islam yang dibawa Nabi Musa AS tetapi keislamannya disembunyikan agar hidupnya tidak diganggu.

Umum mengetahui Firaun - raja Mesir ketika itu mengaku dirinya tuhan dan memaksa rakyat menyembah dan memperhambakan diri kepadanya. Sesiapa yang ingkar suruhan dan perintahnya akan disiksa atau dibunuh.

Dengan takdir Allah SWT, rahsia Mashitah yang selama ini menyembunyikan keislamannya terbongkar. Hal ini terjadi pada suatu hari ketika Mashitah menyikat rambut salah seorang daripada puteri Firaun. Tiba-tiba sikat itu terjatuh dan dengan tidak sengaja beliau menyebut nama Allah.

Perkataan Allah yang terkeluar dari mulut Mashitah itu didengar puteri Firaun. Lantas ia bertanya apakah maksud perkataan tersebut. Pada mulanya Mashitah teragak-agak dan enggan menjawab pertanyaan itu. Tetapi selepas berkali-kali didesak puteri Firaun itu, beliau menyatakan dengan tenang: “Allah adalah Tuhanku dan Tuhan sekalian alam.”

Alangkah terkejutnya puteri Firaun dengan penjelasan Mashitah itu. Tidak disangkanya ada lagi Tuhan selain daripada Firaun. Ini mendorongnya untuk menceritakan apa yang terjadi kepada Firaun.

Mashitah dipanggil dan penyiasatan dijalankan. Selepas jelas kepada Firaun bahawa Mashitah memeluk agama Islam yang dibawa Nabi Musa dan tidak mengaku Firaun sebagai Tuhan, maka dengan kekuasaan yang ada padanya, Firaun menghukum Mashitah dan keluarganya yang memeluk Islam.

Sesungguhnya sumbangan dan jasa Mashitah kepada Firaun amat besar. Selain menjadi tukang sikat kepada puteri-puteri Firaun, Mashitah juga mengasuh dan mengurus istananya (Firaun). Tetapi jasa Mashitah tidak dikenang Firaun.

Hukuman bunuh yang dikenakan ke atas Mashitah dan keluarganya itu dianggap sebagai satu ujian dan dugaan daripada Allah. Tuhan hendak menguji sejauh mana ketabahan iman Mashitah. Kesediaannya menghadapi dugaan jelas terbukti kerana Mashitah, walaupun memiliki fizikal yang lemah, beliau mempunyai kekuatan jiwa yang tidak dapat ditandingi wanita lain.

Mashitah dengan lapang dada menerima apa saja yang dilakukan manusia kufur, sombong, bongkak dan tiada berhati perut. Sudah menjadi lumrah alam, manusia yang lemah akan terus ditindas dan diseksa jiwa dan hatinya.

Hukuman yang akan dikenakan ke atas Mashitah dan keluarganya ialah mereka akan direbus hidup-hidup. Hamman, menteri yang dipertanggungjawabkan oleh Firaun untuk melaksanakan tugas itu mengarahkan pegawainya menyediakan sebuah kawah besar. Air dimasak sehingga mendidih.

Selepas persiapan disediakan, Mashitah dan keluarganya dipanggil untuk mengetahui sikap dan pendiriannya. Mashitah dan keluarganya diberi kata dua oleh Hamman - menyembah Firaun kembali atau dihumban ke dalam kawah jika terus beriman kepada Allah.

Secara tegas dan tenang Mashitah menyatakan pendirian dan keimanannya. Mereka akan terus beriman kepada Allah.

Mendengar jawapan tegas darpada Mashitah itu, Hamman memaksa Mashitah dan keluarganya terjun ke kawah yang airnya menggelegak panas itu.

Orang pertama yang dicampak ke dalam kawah ialah suami Mashitah, diikuti tiga anaknya. Anaknya yang keempat yang masih bayi itu dibiarkan berada dalam kendongan Mashitah. Alangkah sedih, hiba dan sayunya hati Mashitah melihat suami dan anak-anak terkapai-kapai di dalam air yang menggelegak itu.

Melihat keadaan Mashitah dan anaknya yang masih merah itu, syaitan mengambil kesempatan menggodanya. Dibisiknya ke telinga Mashitah rasa kasihan dan simpati terhadap anak-anaknya yang tidak tahu apa-apa itu. Ini menyebabkan hati Mashitah serba salah - sama ada hendak terjun atau tidak ke dalam kawah bersama-sama anaknya itu.

Tetapi kudrat Allah mengatasi segala-galanya. Dengan spontan Allah menjadikan anak Mashitah yang kecil itu kebolehan untuk berkata-kata. Didorongnya ibunya, Mashitah supaya segera terjun ke kawah. Antara lain kata-kata anaknya: “Wahai ibu! Marilah kita menyusul ayah. Sesungguhnya syurga menanti kita.”

Mendengar kata-kata anaknya itu, Mashitah dengan penuh rasa kehambaan lantas terjun ke dalam kawah yang sedang menggelegak airnya. Pengawal mengacau kawah dengan sudip besi seperti mereka merebus ikan. Matilah Mashitah bersama-sama suami dan anak-anaknya demi untuk mempertahankan keimanan dan akidah mereka yang suci.

Tetapi Allah Maha Adil dan Maha Bijaksana. Sebarang kezaliman dan kekejaman tidak dibiarkan berlaku begitu sahaja. Allah telah meruntuhkan kerajaan dan istana Firaun di mana Hamman dan pegawai-pegawai yang membunuh Mashitah dan keluarganya mati terperangkap dalam runtuhan istana tersebut. Takhta dan harta benda semuanya tenggelam dan hilang.

Hamman dan pegawainya diberi balasan setimpal dengan apa yang mereka kerjakan. Manusia yang ingkar memang wajar dimatikan dalam keadaan hina. Dan di akhirat kelak kehinaan yang lebih hebat akan mereka terima dan rasai.

Sebaliknya Mashitah dan keluarganya akan dimuliakan Allah. Walaupun mereka hidup susah, hina dan menderita di dunia, di akhirat kelak mereka akan hidup dalam keadaan bahagia dan gembira.

Ketika berlaku peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah telah melalui satu makam yang baunya harum bak kasturi. Malaikat Jibrail yang mengiringi Rasulullah telah memberitahu baginda itulah makam Mashitah, seorang penghuni syurga.

2 comments:

Kata-kata Hikmah

Solat subuh awal waktu memberikan keceriaan wajah di sepanjang masa Kemurahan hati adalah kesempurnaan dan hiasan agama, mengambil hati orang lain adalah lebih sukar daripada menakluki benteng musuh...sungguh bahagia apabila kita hidup bermurah hati antara musuh kita...kerana janganlah membencinya,melukai hati seseorang adalah mudah...menyembuhkan kembali amatlah susah...kerendahan hati adalah dasar yang kukuh bagi segala kebajikan..setiap perbuatan murah hati adalah tangga menuju ke syurga.... Dalam masyarakat nampaknya segenggam wang lebih kuat n bernilai dari puluhan genggam kebenaran..kejujuran..keikhlasan kerna bila wang bersuara kadangkala kebenaran menjadi diam..bila usaha seseorang itu hanya untuk perutnya..maka harga hidupnya sama seperti apa yang dikeluarkan dari perutnya itu...bila seseorang manusia tidak dapat menguasai nafsunya akhirnya nafsu itu akan merendahkan dan menghinakan dirinya..walaupun pada mulanya dia seorang yang terhormat dan berkedudukan... moga hidayah,rahmat,barakah..kesejahteraan..kebahgiaan..limpahan rezeki sentiasa mendampingi kita di sepanjang waktu Selagi ada sekelumit iman di dada selagi itu jua kita jangan putus harap berdoa agar kehidupan kita sentiasa mendapat rahmat dari allah Ya allah bersihkan, terangkan, tenang, tenteramkan, tajamkan hati, jiwa, fikiran dan perasaan kami hanya tunduk padamu ya allah. Sentiasa beri petunjuk, rahmat, hidayah dan inayah pada kami, kurniakan kesihatan, kesejahteraan, kebahgiaan, kejayaan kami dunia dan akhirat. Murahkan rezeki dan berkatkan hidup kami dengan rezeki yang halal, Kabul dan makbulkan apa yang di minta dan takkan mengurangi kekayaanmu. Mustajabkan segala hajat kami ya allah --------------------------------------- Ada 3 macam bongkoknya manusia : Bongkok ubi – pabila diluruskan dia patah Bongkok rotan – dapat diluruskan selama masih kita pegang, setelah dilepaskan ia akan bongkok Bongkok besi – setelah diluruskan ia akan lurus selama-lamanya Ada 3 macam jatuhnya manusia : Jatuh tupai – jatuh yang menguntungkan kerana semakin jatuh ia semakin kuat untuk melatih dirinya Jatuh petai – jatuh yang tak merugikan Jatuh tapai – jatuh yang buruk yang berselerak di lantai ---------------------------------------------- Boleh jadi di sebalik penderitaan yang dihadapi terletak kebahgiaan yang diimpikan sebab semakin besar penderitaan seseorang dalam berjuang untuk mendapatkan sesuatu semakin tinggi pula tingkat kebahgiaannya. Jika sesuatu yang diinginkannya itu ia dapat dimiliki. Bagi orang yang berbahgia dan damai di hati, dia menganggap istana bukanlah pada rumah yang besar,bagus serta mewah tapi hanya terletak dalam hati yang telah dapat sinar ilahi. ------------------------------------------------- Kelebihan burung pada kepaknya, kelebihan gajah pada kekuatannya, kelebihan manusia pada akalnya.’ ‘kebahagian itu letak nya di hati, oleh kerana itu kalau kita kaya, senangkanlah hati kita. Kerana dengan kekayaan kita itu terbentang kesempatan di hadapan kita untuk mengeluarkan orang dari kesusahan. Perbuatan kita di senangi orang. Kitamendapat pujian di penjuru dunia. Kita menjadi mulia.tegak kita mulia. Di depan kita terbentang permaidani kepujian sebab kita beroleh kebebasab dan kemerdekaan.akan tetapi jika kita miskin senangkanlah hati kita. Kerana kita telah terlepas dari satu penyaki jiwa. Penyakit kesombongan yang selalu menimpa diri orang-orang kaya. Senangkanlah hati kita kerana tiada orang yang hasad dengki pada kita. Disebabkan kemiskinan kita, kemiskinan juga adalah nikmat. Kerana dengannya tiada jalan bagi orang lain untuk berkecil hatidan tiada pula pintu kebencian. Yang paling utama dan afdal ialah meringankan timbangan di padang masyar.’ ---------------------------------------------------- gelap ada 5 macam : 1. Gelap kerana malam 2. Gelap kerana mata buta 3. Gelap otak kerana tak berilmu 4. Gelap hati kerana tak beragama 5. Gelap kehidupan kerana lemah rezeki ------------------------------------------------------- Biasakanlah kita bersikap jujur dan benar walaupun di hadapan kita itu adalah bahaya. Yakinlah bahawa itu bukan bahaya tapi bahagia. Jauhilah dengan sikap dan sifat pendusta walaupun kita melihat di depan kita bahagia. Sebab itu bukan bahagia tapi celaka. Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya dan menjadi nakhoda untuk bahtera hidupnya.’ ------------------------------------------------------ Manusia terbahagi kepada 4 golongan : 1. Orang pandai mengaku pandai 2. Orang bodoh mengaku pandai 3. Orang bodoh mengaku bodoh 4. Orang pandai mengaku bodoh Justeru itu orang yang tahu dengan dirinya dia akan tahu pula dengan kesalahannya dan tahu pula untuk merubahnya. DEngan demikian dia akan di hormati oleh orang lain.’ -------------------------------------------------------- Tertawa dan senyumlah pada segala cubaan kerna dunia ini hanya kosong belaka. Terimalah sepuluh kekalahan sebelum menerima satu kemenangan. Kebencian tidak akan dapat dimusnahkan dengan kebencian. Melainkan dengan kasih sayang.’ -------------------------------------------------------- Orang yang bersifat IKHLAS itu akan tahu : ''Menahan perasaan adalah satu pengorbanan, tidak terlalu sukacita pada waktu tertawa, tidak berduka pada waktu menangis, orang yang bersifat ikhlas dia sentiasa tahu bagaimana jua pun kejadian sesuatu akhirnya kebenaran tetap menang sedangkan kebathilan menunggu ajalnya kerana alam ini tidak mahu mengandung kotoran...'' ---------------------------------- Barang siapa di antara kita tiada akhlak dan adab bererti ia tidak ada ilmu..brg siapa tiada kesabaran bererti ia tiada iman..bagi orang yang ikhlas,sakit dan susah itu adalah kulitnya..yang isinya adalah rahmad dan nikmat..kerana dengan jalan inilah dia akan lebih lagi dekat lagi kepada allah.. ----------------------------------------- Meskipun pujian tidak menyenangkan tapi manusia selalu menyukainya..meskipun celaan tidak merugikan tapi selalu membencinya...musuh yang selalu mencela kita itu akan membuatkan terbangun dari kelalalian..tapi teman yang selulu memuji itu selalu membuatkan kita tidak tahu diri..manusia yang suka orang lain, pada suatu ketika hinaan itu akan kembali kepada dirinya sendiri... ----------------------------------------------- Cita-cita perlu bagi manusia yang hidup..manusia yang tiada cita-cita bukanlah sebenarnya dia hidup tapi itu adlah kematian... ------------------------------------------- Kebenaran tidak pernah layu.. katakanlah yang benar walaupun pahit untuk mengatakanya..kebenaran tidak memerlukan hiasan kata-kata..kebenaran dapat berjalan menembusi ke mana saja hingga seluruh dunia tanpa senjata. Kebenaran seperti jarum kompas yang selalu meunujuk ke jalan yang betul..mengatakan kebenaran adalah satu hal yang sulit.. sesiapa yang membenci kebenaran maknanya dia membenci cahaya... -------------------------------------------------------- 4 macam arah tuju harta...untuk baja, yang digunakan utk beli buku ilmu pengetahuan dan sedekah....untuk busuk yg digunakan utk mkan...utk lapuk utk membeli pakaian n rumah...utk kutuk yg digunakan utk maksiat....hakikat buta bukanlah buta harta tapi buta hati....hakikat miskin bukanlah miskin harta tapi miskin budi... ------------------------------------------------------ Kita tidak perlu menyesal kalau orang lain tidak tahu pengetahuan kita...kita harus bersusah hati kalau kita tidak mengetahui pengetahuan orang lain...kalau hendak tahu kesalahan orang, tanyakan lah pada musuhnya...kalau nak tahu kebaikan orang tanyelah pada kawannya..kerna ada salah dibenarkan dan ada yang benar disalahkan...bergantung sama ada dia dibenci atau disayangi... ------------------------------------------------------ Berbicara itu mudah tapi mengerjakan adalah sukar...orang banyak bicara tidak mempunyai waktu berfikir...sesiapa yang banyak bicaranya banyak lah pula celaannya...kadang2 org berbicara bukan mengutarakan apa yang dikehendaki...tapi bagi menyelimuti keinginan yang sebenarnya..org yang sudah matang fikirannya amat sedikit bicaranya... -------------------------------------------------------- kebaikan sejati adalah daripada sanubari manusia...dan semua manusia dilahirkan baik...kebaikan itu banyak tapi sedikit orang membuatnya..kita semua selalu bertanya, adakah dia orang kaya?...tidak seorang pun bertanya, adakah dia orang yang baik?..jika sekiranya orang memberi kita kelapa, kita membalasnya lah dengan kelapa n gulanya sekali...lakukanlah tugas kita dengan baik n ikhlas serta benar dan biarkanlah dunia ini tenggelam... bahawa sesungguhnya kebaikan dapat menutupi dosa... -------------------------------------------------------- Apabila kita berbuat salah, jangan lah malu mengakui nya...dan berusahalah untuk memperbaikinya..mempunyai kesalahan dan tidak berusaha memperbaikinya...itulah ego --------------------------------------------------------- Setiap orang perlu memiliki semangat dan keyakinan. Semangat tanpa pengetahuan adalah seperti kuda yang terlepas dari kendali. Kita tidak boleh kehilangan semangat, semangat adalah ransangan terkuat bagi mencitai, berkuasa, berjaya,bahagia,sihat sejahtera. berkeinginan untuk hidup lagi lama.manusia itu laksana anggur, yang jelek semakin lama semakin kecut.yang segar semakin lama semakin baik. jenis yang baik itu selalu ditandai dengan semangat. selagi ada semangat kita tetap muda. tidak apa sekiranya kita kehilangan semua harta asal jangan kehilangan semangat. ---------------------------------------------------------- Hadapilah segala ranjau onak duri di dunia yang fana ini dalam suasana tabah dan tenang. esok masih ada untuk menerangi hidup ini. Allah maha bijaksana mengatur program hidup kita. justeru itu taatlah, patuhlah pada perintahnya tanpa berbelah bagi pada setiap waktu. pasti kita akan dapat apa yang kita harapkan.

Haji Muda

Pengalaman :Dengan izin ALLAH tanggal 26 Disember 2006 hingga 2 Feb 2007, berangkat saya menunaikan fardhu haji bersama 3 adik beradik dan 1 kakak ipar diwaktu usia 28 tahun. Alhamdulillah, saya bersyukur apabila terpilih sewaktu musim 'haji akbar'..Bagi golongan muda jika ada kemampuan, sila tunaikan seawalnya..jangan tunggu seru sampai...seru hanya untuk hidup,mati,jodoh,rezeki,anak...kita merancang dan selebihnya serah kepada Allah yang maha besar kuasanya..



Kaedah untuk memulakan niat yang suci :Untuk menunaikan haji ini anda boleh guna muhasasah atau pakej..kalau muhasasah melalui pendaftaran di tabung haji..pandangan saya kalau ada rezeki lebih pergilah menunaikan haji melalui pakej coz ada rezeki dapat duduk dekat sikit dengan masjidil haram..so dapat la sampai awal ke masjid...saya kesian dengan jemaah yang berusia lebih 60an tu untuk berjalan kaki ke masjid, saya sendiri pun berjalan ke masjid dalam 20 minit...bukan apa, menunaikan haji ini memerlukan tenaga untuk melaksanakan ibadah..di sana kita tidak ada kerja lain selain menghambakan diri dengan allah...



Pemerhatian :Di sana apabila berjamaah tu memang rapat sangat saf...tapi bila balik m'sia tersangatlah bezanya dengan makmun kita ni...so rapat-rapatkan la saf tu bila nak berjamaah...jangan beri ruang pada syaitan....bila kita sembahyang tu rasa kuat sangat perpaduan umat islam...menunaikan haji banyak mengajar saya erti kehidupan...perlu kesabaran yang tinggi...belajarlah erti keredhaan pada allah...apa yang kita terima adalah yang terbaik dari allah untuk kita..so janganlah kita merungut dengan apa yang kita ada dan jangan hasad dengki dengan apa yang orang dan kawan-kawan kita ada!!...sentiasa menjadi orang bersyukur..kalau kita tak dapat, mungkin anak kita dapat..kalau anak tak dapat mungkin cucu kita dapat...kalau cucu tak dapat mungkin ada keturunan kita yang dapat..cuma kita sentiasa berdoa pada allah agar sentiasa memberi yang terbaik untuk kita di dunia dan akhirat..kalau kita kesal bermakna kita kesal dengan allah...so jika berada di mekah, apa pun yang berlaku itu adalah rezeki kita...muhasabah semula diri kita dengan allah...Allah Maha Besar...



Jemaah paling ramai sekali adalah dari negara Indonesia. Berjumlah 200,000 jemaah..ianya mengikut population negara mereka 200 juta...sempat saya bertanya mereka kenapa jemaah mereka begitu ramai dan majoriti yang saya jumpa masih muda, sedangkan kita tahu rakyat mereka banyak yang susah, tapi mereka masih sanggup untuk menunaikan rukun kelima seawal mungkin..jawapannya mereka ini sanggup menggadai harta mereka semata-mata untuk menunaikan rukun haji..kalau rakyat mereka tidak susah masakan ramai rakyat mereka bekerja di negara kita kan...kita sepatutnya bersyukur kerana tabung haji mengenakan bayaran sebanyak rm 9 ribu lebih termasuk kapal terbang, penginapan, makan minum. tapi jemaah indonesia tidak berlaku begitu. bayangkan bagaimana mereka survive di sana. Seperkara lagi jemaah dari india, mereka rendam kain putih dengan air zam-zam dan keringkan kain tersebut untuk di bawah pulang. Wallahualam samada mereka tiada wang untuk pos air zam-zam atau peraturan airlines tak membenarkan membawa masuk air zam-zam..



Apa yang saya lihat adalah kita hendaklah mengejar setiap saat sepanjang berada di sana dengan melakukan ibadah seperti sembahyang taubat,hajat,membaca al quran..kurangkan bersembang...tumpu sepenuh perhatian terutama di dalam menunaikan rukun wajib haji...ikut peraturan setiap rukun tersebut..jika anda tidak melakukan dengan betul..bermakna ibadat anda tidak sah..dan akhirnya berhutang dengan allah...agak-agaknya bila anda hendak bayar semula hutang tersebut...nak pergi bukan boleh suka-suka order...jangan main-main perkara ini...Menunaikan haji bukan untuk kita berehat dan mengambil angin..Itu sebab saya seru pada semua orang muda-muda yang masih banyak tenaga untuk tidak mengambil berat perkara ini jika anda berkemampuan..Habis kan duit beli kereta ikut kemahuan boleh pula..Habiskan duit untuk melancong boleh pula...Habis kan duit pergi ekspedisi boleh pula...Apa sahaja yang anda habiskan tu akan ditanya di akhirat kelak...



Memandangkan saya dikira antara penerbangan terakhir, sampai di Airport Jeddah dalam jam 4 pagi dalam keadaan berpakaian ihram. Sementara menunggu semakan imigresen ambil masa jemaah akan sembahyang subuh di situ..Sesudah melepasi imigresen tu menunggu bas di luar untuk terus ke Mekah. So isi perut dahulu...Bagi orang yang cerewet makan tu..buang segala sifat yang anda ada...kalau tak boleh makan tu jangan la membebel..itu tak boleh ini tak boleh...diam sahaja...pergi menunaikan haji bukan untuk memikirkan makan anda...cukup sekadar kita jangan lapar sehingga menjejaskan kesihatan kita untuk berhadapan pada hari kemuncak nanti...Di mekah atau di mana kita berada tiada mustahil bagi tuhan...memang itu sifat Allah...lebih baik kita berdoa agar setiap makanan yang kita makan itu akan memberi kesihatan kepada kita..Selalu kita dengar, jemaah akan berkata...sebelum sampai sakit lutut..tapi dah sampai ke Mekah, kuat pula berjalan...sebelum sampai ke Mekah macam-macam pantang makan...tapi di Mekah semua jenis makanan saya makan...kena ingat!!!...apa pun yang berlaku itu kerja allah yang maha berkuasa...itulah antara hikmah kita menunaikan haji ini, mengajar kita untuk sentiasa mengingatinya dan sentiasa memohon pada nya...kita tidak berkuasa di atas dunia ini...walau setinggi mana darjat dan pangkat dan kemewahan yang kita ada...Saya terus sampai di Mekah pada hari Jumaat dalam pukul 2 petang..so terlepas sembahyang Jumaat. 8 hari lagi sebelum hari wukuf tiba. So memang la dah padat sangat di masjidil haram tu...



Kita jangan banyak kerenah...mesti banyak ada perasaan simpati pada orang...jangan banyak komen...kita ni suka sangat komen hal orang...tidak mahu berubah...tidak mahu mengenal nikmat Allah...terlalu sombong dan angkuh dengan diri kita...beg dilempar pun kita dah mengelabah pastu bising-bising hingga mengganggu perasaan orang lain...mana tuhan tak uji kita cukup-cukup...



Menjadi satu kerugian jika kita tidak sihat di sana..Tujuan kita ke Mekah untuk beribadah padanya..tapi kalau dah duduk Hospital berhari-hari...kan rugi namanya tu hasil perbuatan kita sendiri yang tanpa kita sedari...asyik nak salahkan orang sahaja...tu yang kita kata, manusia ini terlalu sombong dan angkuh pada sesama manusia....Lebih-lebih lagi ketika berada di Tanah Haram yang penuh keberkatan itu..



Aktiviti harian di Mekah :



Berikut adalah rutin harian di sana :1. Keluar dari hotel jam 2 pagi untuk sembahyang subuh. Time tu bila sampai di masjidil haram, insya allah tempat boleh pilih lagi...nak angel mana pun, insya allah boleh...2. Jam 7 pagi keluar dari masjidil haram, terus beli breakfast...3. Jam 8 pagi sampai hotel semula...4. Jam 9 pagi tido sebentar...5. Jam 10 pagi bangun dan bersiap pergi masjid semula...6. Jam 1 ptg lepas sembahyang zohor balik hotel utk makan lunch..7. Jam 2.30 ptg g masjid semula n stay sampai waktu isyak..8. Jam 9 mlm makan kat kedai tepi masjidil haram tu..9. Jam 10 malam sampai hotel n tido...10. Jam 1 pagi bangun dah utk bersiap g masjid..



So apa kita nak buat sebelum sampai masa nak wukuf itu...Tu pentingnya kita nak faham semasa mendengar Kursus Haji itu...Alangkah bertuahnya kita bersembahyang di dalam Masjidil Haram sambil mengadap Baitullah di depan MATA!!!...Allahuakbar...Dengan penuh keinsafan dan berjujuran air mata apabila melihat Kaabah tanda kesyukuran kerana memberi peluang dalam umur yang masih ada ini untuk memijak kaki dan memandang Kaabah...sedangkan kita tahu tempat ini adalah sejarah Nabi Ibrahim,Nabi Ismail dan Siti Hajar dan Nabi Muhammad...Begitu lama sejarah Islam itu telah berlaku...dan dengan izin Allah, kita berpeluang berada di situ bersama umat Islam dari seluruh dunia..Itulah rutin hariannya sepanjang berada di sana..so anda bayangkanlah, kita sentiasa bekerja. Kita mengejar masa, bukan masa menunggu kita..jika anda tidak mengejar nikmat yang allah telah jemput itu maka rugilah kita seumur hidup...sebabnya belum tentu anda akan menemuinya semula tanpa izin Allah yang Maha Besar



Apabila hendak tiba hari wukuf di Arafah...pada 8 Zulhijjah sebelah petang kita dah kena ready untuk berangkat menaiki bas mengikut no bas masing-masing..so jemaah akan membawa beg yang tabung haji bagi tu..bawalah pakaian untuk duduk di Arafah (1 hari - 9 Zulhijjah) dan Mina (4 hari - 10 hingga 13 Zulhijjah)dalam bas ini ada dalam 30 orang kalau tak silap...so masing-masing bawa la diri dan hati masing-masing. Banyakkan beristigfar ketika itu...Ingat Allah!!! Jangan disebabkan kita, orang lain mendapat 'susah'...ibarat macam dalam kampung, jika segelintir orang membuat maksiat maka bala yang allah turunkan adalah kepada seluruh kg...jadi jaga hati dan mulut masing-masing ketika berada di dalam kumpulan masing-masing...hidup ni jangan suka menyusahkan orang dan jangan dengki sesama manusia...apa yang orang dapat, itu rezeki mereka..orang yang dapat pula kenalah beringat...ini mungkin ujian allah untuk menjadikan kita orang yang lebih bertakwa...so sebelum sampai ke Arafah, akan singgah bermalam di Mudzalifah untuk mengutip batu-batu kecil itu..Keadaan ketika itu sangat sejuk..maka kedengaranlah batuk di sana sini..apabila melihat situasi itu, rasa keinsafan pada diri kita yang masih muda ini...Ya Allah, aku bersyukur sangat dalam usia yang semuda ini dan mempunyai daya kekuatan yang baik...engkau telah memberi aku peluang untuk menunaikannya...anda bayangkan orang tua yang telah berumur tu dalam keadaan tenaga mudah kehabisan ditambah dengan cuaca yang sangat sejuk....walaubagaimanapun, pada saya, kita berpegang semula kepada konsep asal di mana walauapapun yang kita terima baik batuk ker..selesema ker…demam ker…banyak2 lah beristigfar dan mohon keampunan kepada allah…jangan kita heboh sangat untuk menceritakan kesusahan kita itu pada orang lain…perbanyakkan sembahyang taubat…mudah mudahan allah memberi suntikan kekuatan dalam diri kita untuk melakukan ibadah ini dengan sempurna. Di sini berlaku la, ada bas yang lambat sampai sedangkan gerak sama-sama…bila berlaku perkara-perkara begini..muhasabah diri kita cepat-cepat…ya allah..ampunkan dosa ku…pada ketika itu hanya dia sahaja tempat kita mengadu…jangan la masa tu kita nak salahkan pemandu la, bas rosak la..bas disalahkan…jalan jem teruk la….kita nak salahkan siapa …haji ini mengajar kita bersabar,bertenang, bermuhasabah dan yang paling penting mengajar kita untu sentiasa mengingati allah dan selalu memohon padanya.

Dah sampai di padang arafah…maka disediakan satu khemah ikut kumpulan…janganlah ada perasaan berebut-rebut tempat…kenapa nak berebut-rebut..itu kan tempat allah…jangahlah ada perasaan nak duduk,baring,tidur dengan selesa….masih ada Jemaah yang menggunakan peluang itu untuk tido dengan nyenyaknya hinggalah ke subuh…maka tersangatlah rugi kita ni…hanya itu sahaja masa yang kita ada untuk menjejakkan kaki di tanah yang sungguh berkat itu..masa haji sahaja kita boleh ke kawasan itu..umrah pun tak dapat jejak..dapat tengok jer dari luar…berpuluh tahun kita hidup takkan lah kita nak berkira masa tu dengan allah…maka gunakanlah masa itu untuk beribadat pada allah…ada orang tak dapat merasai bermalam di arafah disebabkan bas tak sampai-sampai..akhirnya nak subuh nanti baru sampai ataupun sesudah subuh baru sampai…tandas kalau diikutkan memang tak cukup…so carilah masa tersendiri agar tidak membuang masa menunggu giliran…pada waktu siang 9 zulhijjah kita dah boleh berkira-kira untuk mencari tempat masing-masing untuk berdoa…selesai sahaja solat zohor…maka bermula masa kemuncak yang dikatakan masa paling afdal untuk berdoa sehinggalah asar menjelma…apa yang terlintas di hati ini ialah…ya allah kebesaran mu sungguh agung..kerana menemukan aku berdoa sendiri di padang arafah pada ketika ini…sedangkan sebelum ini di masa yang sama aku hanya berdoa di rumah sahaja…tetapi kali ini dengan izinmu jua, dapat aku menadah tangan yang engkau pinjamkan ini untuk aku meluahkan apa sahaja yang terlintas…kita pun sedia maklum bahawa inilah antara tempat paling mustajab doa yang allah makbulkan…oleh itu, keluarlah dari khemah untuk kita menadah ke langit tanpa ada satu daun pun selindung…dengan deraian air mata kerana kerana diberi peluang untuk berbuat begitu untuk memohon keampunan kepada allah…



Sesudah maghrib, maka bersiaplah kita menaiki bas meninggalkan padang arafah itu dengan sejuta harapan agar pada lain masa dapat kita menjejakkan kaki ke situ kembali. Tidak jauh dari situ maka tibalah kita di mina untuk menyelesaikan ketiga-tiga jamrah….masih sama, iaitu duduk di dalam khemah putih tu beramai-ramai. Keluasan tempat yang diberi itu hanya selebar kita mengiring…kalau baring menelentang pun tak boleh…kalau kita tido menelentang maka Jemaah lain tidak cukup tempat…dan ini menyaksikan segelintir Jemaah yang masih sombong dan angkuh hanya untuk mendapat keselesaan tempat tidur. Perbuatan ini yang menyedihkan kita dek kerana kealpaan kita dalam memahami kebesaran. Ada 4 perkara yang apabila kita melihat perkara itu, insya allah akan memberi pahala :a. Al Quran-Janganlah kita meletakkan Al Quran itu ditempat yang rendah dari yang lain. Pastikan Al Quran sentiasa berada di atas dari benda yang lain.b. Ibu Bapa-Jagalah ibubapa sebaik mungkin sebab nikmat melihat ibu bapa hanya sementara sahaja. Jika mereka meninggal dunia awal, maka hilanglah satu nikmat untuk kita melihat wajahnya.c. Kaabah-Nikmat ini tidak semua orang dapat merasainya. So sementara usia tuhan pinjamkan tu, kejarlah matlamat ke sana seawal mungkin agar nyawa yang tuhan pinjam kan ini dapatlah kita menikmati nikmat tersebut..d. Laut-Nikmat ini mudah untuk dicapai di mana-mana sahaja.



Antara hikmah yang boleh kita gambarkan adalah satu hari sembahyang di Masjidil Haram, pahala yang Allah janjikan adalah bersamaan dengan 1 ribu 3 ratus tahun untuk kita kumpulkan point tersebut di Malaysia. So bayangkan betapa besarnya nikmat yang Allah bagi..Subhanallah...Semoga Allah melindungi kita dari melakukan kemungkaran di atas dunia ini.